Terima kasih . syg korang ;)

Monday, December 3, 2012

Jodoh

Assalamualaikum.

Sebenarnya, bila korang nampak topik kali ini, ia ibarat recycle topics. Asyik2 pasal jodoh. twitter pun jodoh, kat movie istanbul, aku datang pun ada cakap pasal jodoh.

Cakap pasal movie tadi, teringat member aku pernah cakap.

" Bercinta la selama pun, selagi dalam hubungan yang tak halal. Allah swt tetap murka"

"Berkawan la orang secara ikhlas, tak semestinya kita tak ada jodoh dengan orang tu"

Well, bagi aku. ketika aku sudah masuk alam 20-an, tetiba tup-tup kawan sekelas sudah berkahwin, tup-tup sudah bertunang. Hati perempuan mana yang tak tersentuh bila dorang sudah dapat jodoh dorang.

Tersentuh dan tersebak juga bila kita nak hadapi semua orang.

Mama selalu pesan, berdoalah dari sekarang supaya dapat suami yang baik, penyayang. Tapi dalam hati kecil ku tetap berkata "susah gila" cari orang macam tu, tak semua perfect pun. Tapi aku diamkan je supaya aku tak dianggap durhaka sebab melawan cakap ibu.

Ye, betul. Bila kita sudah capai umur yang sesuai sangat dijadikan menantu or isteri orang. Tekanan sekeliling kau akan terasa. Terasa sesangat bila family sendiri cuba nak "kenen" kan dengan anak orang itu ini.

Lagi-lagi bila ada pilihan sendiri, tapi pilihan sendiri tak bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dengan alasan "tidak stabil"

Ya, aku boleh terima dengan alasan itu, dan aku tidak mahu pertikaikan ketidakstabilan beliau. Tapi orang lain ? orang lain tak terima alasan tu untuk berpisah.

Nak lagi tekanan ? Kawan-kawan kau sendiri sudah bertemu jodoh. Kalau boleh nak simpan je kawan-kawan kita yang dari dulu berkawan sampai sekarang dalam kotak. Tak bagi dorang kahwin.

Kahkah, kejam kan aku? tapi itu la perasaan aku sekarang.

So, bila terjadi macam ini. Munculnya sifat ketakutan kehilangan seseorang. Yup, merimaskan, tapi apa boleh buat. Dari ketakutan kehilangan seseorang, terbitnya rasa was-was dan cemburu bila si dia melayan semua orang. Bukan tak boleh percaya. tapi sifat ketakutan itu menebal.

Sampai la satu hari yang kau sendiri tak tahan dengan perasaan ini, kau jauhkan diri. Jauhkan diri daripada orang yang pernah sayang kau. Padahal kau sendiri tak mahu meninggalkan mereka.

Dan, itu juga aku.

Maybe ramai nampak aku seperti terdesak hendak kahwin. sebab aku asyik merungut yang diri ini selalu malang dengan lelaki. Tapi itu semua kesedihan. Kesedihan yang membuat kau terjatuh dan terjatuh sampai ke alam yang kau sendiri tak tahu kau kat mana.

well, jodoh kan ? siapa yang tahu ;)



5 comments:

Abg Stalker said...

jodoh kita x thu.tp da bole cari calon jodoh. :)

Farrah yong said...

wahai abg stalker, calon ada pun. tak sedia. susah juga.

Halimahtussa'diah Binti Hashim said...

aiii...ALLAH dah ttpkan sape jodoh kte....aminn...sila lah singgah ke blog sy..tq

Masmira Masri said...

jodoh itu hanya Allah yg tahu cewahhhh..semoga bertemu jodoh..

jemput singgah n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/12/december-2012.html

Cik Gadis Tak Comel said...

Sabarlah awak :) Allah pasti akan kirimkan lelaki yang terbaik untuk awak .


Saya buat GA : http://cikgadistakcomel.blogspot.com/2012/12/be-my-200th-follower-ga.html . Join or tolong Faie promote . * awak follow saya , saya follow awak . Thanks ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...