Terima kasih . syg korang ;)

Sunday, July 22, 2012

Cinta Twitter - Part II

Assalamualaikum...

Sambungan dari - SINI

Apakah perasaan ini ? Adakah dia hendak memberitahu aku sesuatu ? Cis, apa aku sedang fikirkan ini , jangan nak memandai ek wahai perasaan. Dia mungkin sudah mempunyai kekasih , karang aku juga yang termakan hati . fuhhhhhh . tarik nafassss.

"@sya_rabbit : @amin_firdaus nak bagitahu apa awak ? macam serius je bunyi nya -.-"

"@amin_firdaus : @sya_rabbit harus la serius . saya nak minta pendapat , kehkeh"

Cehhh , minta pendapat rupanya , aku ingatkan berita tergempar. Berita tergempar la sangat.

"@sya_rabbit : @amin_firdaus : apa nya awak ?"

"@amin_firdaus : @sya_rabbit : sebelum tu saya nak minta nombor awak boleh ? sebab saya tak berapa suka bincang benda privasi ini di tweet, tak pasal2 ramai stalker -___- v"

Berfikir sejenak , perlu ke aku beri nombor telefon aku ? Tak ramai yang tahu nombor aku kecuali budak2 kampus sahaja. tak pernah2 aku bagi kepada orang asing. Tapi......

Aku macam suka pula dia minta , sekurang-kurangnya tak ada la sunyi handphone aku.

"@sya_rabbit : @amin_firdaus : ok la, nanti saya "DM" awok ;)"

"@amin_firdaus : @sya_rabbit : ok3 , I'll be waiting "

Setelah aku memberi nombor aku kepada Amin , tidak lama kemudian bunyi SMS dari blackberry cikai aku berbunyi.

"teeettt teeetttt"

Cepat-cepat aku buka keypad lock aku kepada natural , tetapi hampa , nama yang muncul bukan yang aku harapkan , tetapi dari FARIS.

"Awak, kenapa senyap saja ? awak masih marahkan saya ? saya minta maaf , saya bukan sengaja nak pegang tangan awak masa hafiz lalu , dan saya tak sengaja membuat hubungan korang putus, maafkan saya"

"Huhhh , dasar laki buaya , semua kau tak mengaku. Time hafiz lalu , baru la kau nak pegang2 tangan aku. kau sudah tahu aku kepunyaan orang , awek orang. Nak juga kau kacau . Padan Muka kau !" sambil campak handphone ke atas tilam yang empuk.

Tak lama kemudian, aku merasakan airmata aku terus jatuh dan aku terlelap, berharap aku takkan bangun lagi dari mimpi indah.

Keesokan harinya.....

"MIAAAAA , mana bb aku wei ! aku tak jumpa , mati aku, aku sudah lambat ke kelas weii!"

"tu hahhhh"

"mana ?"

"kau ini, kau sudah la empat mata. ce cari bebetul"

"mana laaa , memain lak kau nieeee !"

"bawah bantal tu hahhhhh, ada juga aku cepuk kau kang!"

"oooooo , heheh , macehh miaaa, sayang kau ketak2 . hehehe"

"podah kau punya sayang , dah2 , aku dah lambat . kunci pintu ! babai ."

Lantas aku charge bb aku dan sambil2 itu aku sedang lilit shawl . Siapa entah yang mencipta lilit2 shawl ini. Kadang2 menyusahkan aku, tapi bila aku pakai, ramai yang memuji. kahkahhh . riak nya akuuuu.

"beepp beepp" 1 message received

Siapa pula yang dok message aku nie , pagi2 buta lak tu . tak tahu ke aku dah lambat , jangan cakap kelas batal sudahh

"Hai, awak ! amin nie..."

Terkejut , segan dan suka bila dapat sms dari dia.

kenapa ek aku berperasaan macam ini ?

urghhhhh..................

...bersambung



2 comments:

farra said...

ko ni asek besambong je..saspen tau tak!iskkk

tieka said...

best sgtt lah cite nie..nk lagii...tpi kasi panjang sikit lah..nie x puas nk baca..hakhakhak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...