Terima kasih . syg korang ;)

Saturday, July 21, 2012

Cinta Twitter

Assalamualaikum...

3 bulan...

3 bulan itu jugalah aku menahan sakit dalam hati, menangis disebabkan dia, tidak bersemangat hendak belajar disebabkan dia.

"Sudah2 la tu sya, kalau kau asyik kenangkan si hafiz tu, sampai bila kau nak lupakan?" bebel si mia. biasa la, kawan sejati .

"Aku bukannya tak nak lupakan dia weyh, aku jenis bila da sayang kat seseorang. dia je yang aku sayang sampai aku mati"

"Kau bukan nya tua lagi woi ! stop thinking about him . EVERYTHING. he's not worth to you . Why you always thinking about him ? aku tengok dia bukan nya hebat sangat kalau dibandingkan dengan Faris.

"hmmmm"

Faris adalah jejaka terhebat dalam kampus, apatah dia tgk aku entah . terus dia confess kat aku yang dia suka kat aku padahal aku masih couple lagi dengan si hafiz. macam semacam je aku tengok budak tu. Serammm -_-.

"teettt , teeettt" bunyi SMS dari blackberry curve aku.

aku buka dan melihat nama Faris tertera di Screen blackberry aku. Aku terus campak bb aku ke atas katil lalu rasa menyampah untuk membaca kandungan sms tersebut.

"Woi sya , kalau kau tak sayangkan bb kau, bak sini la?" Mia ini memang la , nak sangat bb tu , beli sendiri la. Dah pakai samsung galaksi Note pun nak bb cikai aku.

"Jangan mengada2 la kau, hp cikai je tu" bebel aku.

"Faris sms kau ker ? moody semacam je kau, kalau kau tak suka si Faris tu, tak payah la buat macam ini, kecian la aku tengok mamat uh"

Terdiam aku. Aku mula terfikir sebab apa yang aku kena bagi kat mamat tu supaya jangan kacau hidup aku lagi. Aku tahu si Faris punca nya aku dan Hafiz berpisah dan aku tahu Hafiz takkan tinggalkan aku jikalau tiada alasan kukuh.

"bipp bippp" bb curve aku mula berbunyi kembali.

Lantas aku rampas bb aku dari tangan mia, mia terkejut sebab dia sedang khusyuk membaca sms si faris tu. Kadang2 aku macam tak ada privasi dalam rumah ini, sedangkan aku bayar duit rumah tiap-tiap bulan -.-"

Tapi, sifat terpuji dia ialah, walaupun dia suka kan faris, dia tak pernah nak provoke aku dengan sikap faris yang player tu. Bagi aku la . Aku tengok dia "boye" sangat dengan perempuan. kalau aku couple dengan dia ? mati aku dalam kesedihan. serius.

"Terkejut aku la, kau pergi rampas buat apa ? minta la elok2 , baru nak stalk si faris tu"

"Ahhh, shadap uuuu" sambil tergelak2.

Cepat2 aku buka notification dari application bb aku, lantas aku tersenyum. Rupanya Amin "mensi" aku dekat twitter.

Masa dalam tempoh breakup aku, Amin ini la jadi peneman setia aku, aku punya la meroyan2 dalam tweet tu , hanya dia yang setia menanyakan khabar aku. so, aku selesa dengan si Amin ini.

"@amin_firdaus : @sya_rabbit awak, npe tak on9 nie ?"

"@sya_rabbit : @amin_firdaus saya ada kerja tadi " balas aku di tweet .


"@amin_firdaus : @sya_rabbit awakkk ok ?"

"@sya_rabbit : @amin_firdaus ok je , kenapa ?"

"@amin_firdaus : @sya_rabbit awakkk , saya ada benda nak bagitahu dengan awak."

Dalam hati aku asyik berdebar.. apakah ?

bersambung...




1 comment:

Ai-Sis said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA KELAKAR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...