Terima kasih . syg korang ;)


Thursday, February 2, 2012

Free hair ? Bertudung ?

Assalamualaikum.

"Kau free hair ! tak nak berkawan yang suka kumpul dosa macam hang . tak pasal2 aku kena kutuk sebab berkawan orang yang bersosial , lagi orang2 yang tak tutup aurat."

"Eeeeee , kau jangan nak berlagak alim semata2 kau pakai tudung ek ? aku malas kawan dengan kau . asyik kena ceramah agama free je "

Tanya pada hati depa2 semua , ada tak sedetik kita terlintas macam ini ? kalau tidak , bagus . sebab korang mengamalkan " Dont judge a book by its cover"

Sebenarnya , aku adalah salah seorang yang pernah free hair dahulu . masa zaman sekolah . Ketika aku pada zaman sekolah , aku selalu bangga yang aku mempunyai rambut yang cantik.

Aku tak pernah terlintas yang aku akan pakai tudung . aku selalu berkata dalam hati ,

*da tua nanti aku pakai la tudung ;)

sampai aku terbawa2 perangai aku sehingga aku habis belajar .

Pada suatu hari , aku telah menjejaki ke alam dewasa . aku mula bercampur dengan orang yang lebih matang dan penuh pengalaman hidup . Depa2 tu siap kata ,

*hang sayang tak dengan mak bapa hang ? kalau hang sayang , hang tutup la aurat tu ek ? 
aku tak nak la hang sayang sekadar bertutur di mulut sahaja . 

Serius , aku macam tersentap dan nak marah pun ada , tapi fikirkan balik . Menutup aurat kan suatu kewajipan seorang wanita ? Mama selalu je nasihatkan aku supaya tutup aurat . 

Tapi , aku selalu endahkan dan "wat dunno jer"

Kemudian , aku dapat satu SMS yang membuatkan aku sangat takut dengan azab Allah swt .
Perempuan yang menutup aurat , tak semestinya masuk syurga .Tetapi , Perempuan yang tidak menutup aurat , sah2 akan masuk neraka  .
Malan itu juga , aku terus nekad .

Aku berjilbab sampai la sekarang . Aku tak nak bawa family aku masuk neraka gara2 aku .

Tahun ini , sudah setahun aku berjilbab . Moga2 aku kuatkan iman agar aku teruskan berjilbab walau banyak dugaan . Amin ~



p.s : aku tak nak komdem orang yang tak tutup aurat . sebab ada je kalangan kawan2 aku tak pakai tudung pun. aku berkawan dengan sesiapa jer . aku cuma boleh doakan mereka cepat2 mendapat hidayah ;) aminnn.

#okbai.



10 comments:

Awie Omar said...

baru follow sini
JEMPUT SINGGAH ENTRI TERBARU
NEXT TOP BLOGGER 1 EPISOD 4
http://awieomar.blogspot.com/2011/05/next-top-blogger-1-episod-4.html

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

alhamdulillah =) teruskan dear..! buat yang tak bertudung, kita doakan supaya pintu hati mereka terbuka.

Syaf Ismail said...

Semoga terus berkekalan dengan hijabmu sis .. org doakan sis sentiasa dirahmatiNya ..

Farrah yong said...

@aiNa yaZiD

masehh ;) yup3 . doakan jer ;) itu la yg terbaik dari ktuk2 mereka kan3 ;)

Farrah yong said...

@Sya Hyo-Sonn

insyaallah sis . doakan yg terbaik ;)

Nazrey Dylandy said...

alhamdulillah,tahniah kepada anda.. ^^

Miss Butterfly said...

tapi betulla, kadang2 orang tak pakai tudung ni perangai lagi oke dari yang pakai tudung.


tapi bertudung itu lebih baik. Alhamdulillah kau dah bertudung. :)

Pha Is said...

sama la.. ada jugak kawan yg tak bertudung... berdoa, dan nasihat slow2, dengan berhemah, selembut mungkin... at least itu usaha kita..

Noraien said...

awak nampak lagi cantik bila pakai tudung,seriusly :)


Kuatkan hati lagi,teruskan bertudung yea :D

Unknown said...

alhamdulillah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...