Terima kasih . syg korang ;)


Thursday, February 16, 2012

Aku akan Berhenti dari blog dan dot dot dot ;)

Assalamualaikum.

Nampak aku macam happy je kan bila aku post entry ini , watdahell ? Aku nampak je happy , tapi dalam hati siapa yang tahu ? Cuma Allah SWT je yang tahu apa yang aku rasakan sekarang . Suka la tu kan -.-"

Sebenarnya , aku sendiri yang hendak berhenti dari menulis blog . bukan pengaruh dari sesiapa . I repeat , bukan sesiapa yang mempengaruhi keputusan gua . Gua sendiri nawaitu nak berhenti ! aku takut pulak hater aku dapat dosa free sebab buat aku sedih kan ?

Aku ingat lagi , semasa aku dengan eksitednya menulis entry , seronok tak terkata , senyum sampai ke telinga bila entry kita dihargai . seronok bila follower kita semakin hari semakin mencanak .Pokok kata , seronok lah ! macam budak-budak yang dapat gula-gula free then terlompat2 cakap

"Aku dapat gula free , kau hado ? nan hado ."

Blog ini macam gula la bak kata aku , ada gula manissss , ada gula masam . ada gula masam-masam manis . macam itu la kehidupan seseorang . sekejap di atas , sekejap di bawah . ada yang bawah then naik ;) Faham tak apa aku nak kata kan ini ? tak faham ? tak kisah . hakhak *sambung makan lolipop*

nyum , nak satu ?
Blog ini , ibarat orang. kita hiasi dengan apa yang kita suka . da anggap macam anak kita sendiri . kalau blog itu comel , kita instant boleh detect yang tuan tanah tu suka benda yang comel2 . ye dak ? macam korang nampak blog aku , serba pink kan2 ?

Sebab aku suka pink selain hitam ! ceh , nak jugak cakap warna favorite tu .

Apa yang menyebabkan aku menyendirikan terus dalam media sosial ? Antara sebab2 nya , hanya lah biasa . masalah kawan , masalah kesihatan , masalah dan masalah terus .

Tak ramai kawan yang mampu jadi sahabat . malah ada kena tipu hidup2 . aku pun termasuk . kena tipu hidup2 . kalau da meninggal ? tipu mati-mati la. Punca nya , biarlah rahsia . Yang penting , aku tengah sedih dan tengah sentap dengan seseorang .

Bagi aku , kalau sayang seseorang . jangan la mengucapkan sayang itu secara rambang . kau ingat hati perempuan ini kalau da kena suap perkataan sayang itu , orang tak jatuh cinta ker ? ce habaq dengan aku sat wahai perempuan2 sekalian ?

Then bila dapat tahu lelaki itu sebenarnya sayang berdasarkan kawan , bukan kita harapkan . agak2 sedih tak ? rasa nak bagi flying kick je kat muka budak tu kan ? hakhak . relax2 . jangan kau sepak lappy lak . Begitu jugak lelaki , kalau da perempuan itu asyik darling la , lalink la . At last , perempuan itu jadi lalang .

Aku berkawan tak kisah , tapi kalau kau da berpunya , sila bagi tahu . itu pun salah ? tak salah kan .

Atas masalah kesihatan pula , aku berserah kepada Allah SWT je la . kalau nyawa aku dicabut malam ini , itu sudah takdirnya kan . terima je qadak dan qadar .

kebelakangan ini , selalu makan ubat T_T
Masalah kerja ? alhamdulillah . walau aku banyak kerja . at least aku tak la makan gaji buta kan ? hewhewhew

Pasal cinta pula , aku pun tak berani nak cakap banyak . hati aku selalu dikecewakan orang . sampai aku stop couple selama tiga tahun semata2 nak lupakn ex aku yang tercanak kat depan mata aku je -.-" tapi alhamdulillah , dia pun telah menemui cinta sejatinya ;)

Yang terbaru , aku tak tahu bila nak lupakan . 

Yang paling best , aku jumpa sahabat yang selalu disisi aku selalu . akk tyee , aina , aien , ai sis , iqbal , edah ,  eyda, tieka dan lain2 . Walaupun ada sesetengah yang buat onar (perangai) , tapi itu la yang buat kami2 rapat . serius . Tapi aku malas nak cerita kenapa aku rapat dengan dorang . janji kami sekepala bukan kembar siam ;p

Tapi sekarang , aku nak menyendirikan diri dari mereka . 

Bukan lupa kawan , tapi bagilah diri ku ini bernafas keseorangan tanpa korang . ramai yang cakap . hidup tanpa makna tanpa kawan . bagi aku , hidup tanpa makna tanpa ALLAH SWT ! aku nak ambil masa terluang ini , munasabah diri sebentar .

Kenapa aku dihidupkan di dunia ini , sedangkan ramai lagi yang mahu hidup ? *sila baca sains pasal reproduction tu*

Sebab tuhan nak bagi peluang aku lihat keindahan dunia , tapi kadang2 aku sangat lalai dalam perintah-NYA. Tak reti nak bersyukur .

setelah aku berfikir panjang , biarlah aku keseorangan . aku kan budak tabah ! standard la menangis . acooyy ! ;) 

Malah segala akaun aku di fb , tweet telah menamatkan tempoh melayan tuan nya yang sangat gila2 . Saya officially menutup segala laman web soSIAL ;P

Kepada orang yang aku sayang , take care please ? jangan sebab gua , lu tak lalu makan ke hape . just go on with ur life n be happy with ur love one ! i hope u all happy ;)

maafkan saya jika saya terluka hatimu sepanjang kita berkawan , tak ada niat sehingga melukakan mu . tak ada dendam terhadapmu , tak ada balasan mu di dunia .

Aib mu akan ku jaga sampai ke syurga ye kawan2 ! ;) love u all 

Haish , kenapa aku menangis ? bukan ker aku tadi happy2 je ke ? Oh lupa , aku mempunyai perasaan seorang manusia yang tabah dan di samping itu aku sangat lemah . Aku tak cukup pahala kot . herherher ;p

"Dengan ini , saya merasmikan ini last entry daripada saya . Sehingga kita berjumpa lagi wahai blog dan rakan2." 

Wasalam .


2 comments:

Jemari MonteL said...

lil Sis.. love u tOo... pls b strong n dont forget im here for u...

ps : ceh spekang sejak dok London nih... okbaiii :p

tieka said...

hurmmm...sedih sgt entry nie...aku syg kwn2 aku mcm aku syg adik beradik aku sendiri..walaupun kenal ko dekat alam maya nie je dh buat ko betul2 memahami aku seadanya..hurmmm..aku sentiasa ada dekat ngan ko..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...