Terima kasih . syg korang ;)


Saturday, November 19, 2011

Tak Nak Berulang Kembali .

Assalamualaikum .

Urm , baru sahaja tadi . aku dapat berita bahawa ada dua orang blogger telah masuk hospital gara2 penyakit mereka . aku juga dengar yang penyakit mereka agak kritikal . aku cume harap dorang dapat hadapi dengan tabah . sebab ada hikmah disebaliknya .

Dan bila aku terdengar kenalan aku yang sakit , then masuk hospital . aku menjadi gabra semacam . aku pun tak tahu kenapa . Mungkin aku tak nak kehilangan mereka ?

Sesiapa yang mengenali aku , akan tahu cerita sebalik aku yang sentiasa happy je .

Cerita bermula begini :-

Masa aku form 1 , aku seorang budak yang gembira dan tidak pernah menghadapi masalah penyakit langsung . setakat demam or selesema . itu normal je . don't expect me as a supergirl pulak -.-.

Then , One day . anak2 buah aku dapat penyakit demam campak . aku pun lurus bendul bagai . boleh lepak2 dengan dorang tanpa aku ketahui bahawa penyakit itu belum terkena dekat aku lagi .

Aku ingat aku pernah kena penyakit ini , so . aku pun relax je la . takkan la nak takut pulak . setakat campak kan ? nak takut apa .*obviously sangat kebudak2an masa itu*

Selepas seminggu dari itu , aku mula dapat tanda2 demam . masa itu masih kuat lagi . makan panadol la untuk turun kan suhu badan itu .

Masa aku balik sekolah , aku terasa badan aku macam ada bintik2 merah *masa memula keluar bintik campak macam air tu* aku pun menangis la cakap dengan mak aku . mak aku pun cakap la . aku kena pergi jumpa doktor .

So , tekaan aku betul la . aku terkena demam campak .

Mak aku lak jenis cepat membebel tapi hati dia baik . dia tak sampai hati tengok aku sakit teruk macam ini sampai aku terbaring je selama tiga hari . Mak aku ikhtiar la macam2 benda bagi aku makan . sampai aku tak larat nak makan ubat kampung semua ini .

Tapi , betul kata orang tua2 . semasa dalam keadaan ini . orang tak boleh melawat kita sebab antibody kita sangat lemah walau seseorang itu makan ubat ikot masa sekali pun .

Masa itu , kawan2 aku dapat tahu aku sakit . mula la buat rombongan sekampung datang rumah . tapi duduk dekat luar je . mak aku tak bagi dorang masuk rumah . petang itu aku rasa agak gembira la sebab ramai yang melawat *standard la budak2*

Malam itu .

Aku muntah-muntah . Kebetulan malam itu bekalan air di rumah putus *cis , sampai sekarang aku anti kalau air tak ada* aku muntah sehingga air dalam badan aku pun da habis kering kontang dan air itu digantikan dengan muntah darah .

Yesss . muntah darah .

Dan mak aku boleh pulak cakap aku makan choco sebelum itu . sebelum itu aku makan pun sebelum sakit . takkan lepas 4 hari baru nak digest . erk -.-

Papa aku pulak risau tengok aku muntah darah . yess again , muntah darah macam korang tengok cerita melayu semua tu . typical .


dalam 10 minit nak solat subuh . aku baru stop muntah2 semua ini .


Tak sampai sejam . gejala muntah itu kembali . aku da menangis2 da dalam bilik air . i thought i'm going to die soon . aku tak sempat nak bertaubat bagai . nak minta maaf semua .

aku nak berjalan ke bilik pun macam orang mabuk , maybe masa itu kekurangan air . imagine la sendiri macam mana aku jalan . macam ketam berjalan . macam itu la aku .

Pagi itu jugak aku pergi klinik . bukan satu , tapi tiga klinik . menurut mak aku , semua doktor advise pergi ke HKL . sebab penyakit ini takut untreatable . they thought invection dalam usus . what the hell was that . nevermind -.-

Tapi , aku still muntah2 . even worst , segala aku telan dari mulut aku . aku akan muntah balik . even minum air sekali pun . Dan aku tak boleh buka mata langsung sebab aku aku nampak objek depan mata itu berpusing2 .

Aku memang bersyukur , kebetulan abang aku balik jenguk mak aku . tetiba nampak aku teruk semacam . terus bawak aku ke hospital Kuala Lumpur .

HKL -.-

As u all know . HKL has ups and downs in their services . Ada masa cepat giler . dan ada masa slow amat nak mampus . agak2 kalau yang da nazak tu pun sudah mampus agak nya .

Dan aku masa itu , dalam kategori orang yang sedang nazak *according dengan mak aku la * beliau saksi aku bagai mana aku hendak menghembus nafas dalam kesakitan .

Kaki dan tangan ku bagai kaku . macam orang cacat . Keluarga ku telah mengucap dua kalimah syahadah dekat telinga aku . aku mampu dengar semua itu . tapi aku tak mampu balas .

aku mula la berfikir , adakah aku meninggal dunia sekarang . kalau iya . harap tuhan dapat mengampuni dosa2 aku . kalau tidak , aku amat bersyukur dapat jumpa kembali dengan family .

Masa aku sedang keadaan nazak . doktor telah mengarahkan nurse2 letakkan aku dalam wad emergency . korang bayangkan sendiri betapa teruk nya masa itu .

Nasib la , nyawa aku panjang lagi . doktor itu cepat2 pakaikan mask oksigen tu *tak tahu , pergi search sana*

Mula2 aku diletakkan dalam wad biasa2 . ala . wad cokia2 tu . cehhh . kutuk pulak . tapi aku special kes . tak boleh bercampur . haha .

Bak kata doktor , aku ini sepatutnya bukan letak di wad biasa . tapi wad lain . kes khas untuk kes macam aku . dalam hati aku cakap :

*kalau tak tahu sakit apa , cakap je la . ini nak tahan2 aku kat wad*

tup tapp . tahu aku masuk wad mana ?



Wad Neurology .

Pastu doktor pun cakap aku sakit saraf . Oh my .

And then , chances aku nak living and cure pun 50% only . Oh my Again .

Masa itu , abilites nak walk , talk . hold and think semua sudah hilang . Serius . aku tak boleh cakap . tak boleh jalan . tak boleh nak pegang barang .

Even ada jugak saudara mara aku cakap aku akan cacat *kuangjak sungguh , tak gaku sedara baru tahu !*

Mak aku siap doa lagi , kalau boleh biar tuhan tarik nyawa aku cepat2 supaya aku tak sengsara nanti sebab tak ada siapa akan jaga aku nanti . *sadis*

korang tahu apa aku kena treatment ? aku kena masuk MRI dan scan kepala otak aku supaya dapat detect penyakit aku sebenar2nya . pastu kena masuk air berbotol2 . masuk antibiotik berbotol2 .

Sampai tangan aku bengkak , nasib bengkak kalau tak boleh fungsi macam mana ?

Aku redha kalau aku ditakdirkan aku cacat .


1 year later .


aku pulih sedikit demi sedikit . aku berubat secara modern dan kampung . secara islam pun aku cuba . tapi , dengan takdir allah swt , aku sembuh kembali .

Tapi proses dalam penyembuhan amat sakit , aku terpaksa belajar kembali cakap , berjalan dan membaca .

malah , aku juga terpaksa berlatih ikat tali kasut aku padahal aku da mahir sebelum ini . -.-

Tapi satu sahaja side effect dia , aku tak boleh mengingati apa2 kejadian zaman aku kecil2 dahulu . FYI : ini semua mak aku yang cerita . aku cuma ingat part aku nak nazak je .

Doktor sering nasihat , kalau rasa demam or sakit2 . sila datang ke hospital . takut effect saraf .


tapi . aku abaikan sebab aku takut mengingati peristiwa itu kembali .

p/s : aku cerita sebab luahan hati , bukan suruh simpati sebab aku da sihat walau masih ada sisa penyakit itu akan kembali teruk than ever .

sorry terpanjang la entry ini .

#okbai.



8 comments:

tieka said...

ohhh..begitu rupanya..bru aku sedar..alhamdullih..ko sihat sedia kala..:)

Pendamba Mawar said...

hurm..tersentuh plak hati aku ni baca kisah kau..hurm .alhamdulillah kini ko ok...:) dugaan untuk ko...

Nyamuk Terbang said...

copy cats
meow meow
haha
weyh2 nie entry utk aku kn
prsan jp
jga dri elok2 taw

farra said...

weh..sedih giler..simpati aku baca..leleh..be a healthy gurl okay..sayang ko!

SaifulAzrie said...

happy ending~ Alhamdulillah selamat...

Ai-Sis said...

alhamdulillah Allah masih memanjangkan lagi masa untuk melihat dan menerokai alam kebesaran ciptaanNya.alhamdulillah.hidup ini sangat singkat.mungkin sesaat.mungkin seminit dan mungkin lebih dari itu.manfaatkan dengan apa yang kita ada.jangan dah tiba masa nanti,semuanya sudah terlewat dan sudah tidak berguna lagi.saya mendoakan agar kesihatan yang dipinjamkan oleh Allah ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.be strong and you know that im always right beside you no matter what.chill okay :)

Muna rahimah said...

kakkkkkkkkkkkkkkkkkkk ! guwa nanges :(

Hafiz Hafizol said...

erk.. kita baca entri nie sampai habes taw.. terharu x?? kih3..

Mati itu kerja Allah SWT..

Kita hambanya hanya mampu berdoa dipanjangkan umur..

Syukur farrah dah sihat sekarang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...