Terima kasih . syg korang ;)


Friday, October 14, 2011

Be Matured la peeps !

Assalamualaikum .

Baru2 ini , aku pernah dapat SMS yang suruh aku 'alert' dengan budak2 hilang sebab ikot teman lelaki ini . Konon cinta Muka Buku la ini .

Yang kena culik ke kena dera itu , aku serius simpati dengan mangsa . apatah lagi berkaitan dengan wanita dan budak2 . yang itu lain kali kita cerita .

Aku nak HABAQ sekarang ini , yang tetiba hilang then terjumpa . pastu alasan ikut teman lelaki .

Aku bagi amaran dahulu , sesiapa yang tersentap dengan aku sebab entry ini ada kena mengena dengan korang . tak kisah la adik beradik korang ke , kawan korang ke . ada kaitan darah ke . Tak payah tengok langsung blog aku ini .

Seriously , aku bengang dengan budak2 perempuan macam ini . sebab nampak kan kau tu perempuan yang tidak bermaruah . buat malu kaum je .

Makin lama , makin teruk kes ini . Sebenarnya , kes ini terjadi apabila dua2 kaum bekerjasama . aku tak salahkan kaum perempuan je . Kaum lelaki jugak termasuk dalam plot2 nak lari rumah nie .

Mana tak nya aku cakap macam tu , kalau bagi alasan , sebab terlalu sayang dengan pakwe/balak , tak sanggup berpisah dengan dorang . hello . kalau nak bagi alasan tu , fikir sebelum cakap .

Pastu jumpa balik berbatu2 dari rumah atau dekat rumah teman lelaki . apa kejadah tu ? haishh .

Nak nasihat sedikit : -

Tolong jangan buat mak bapak korang risau dengan melarikan diri . Kalau ada masalah sekali pun . berbincanglah . bukan tak boleh bincang langsung . kalau korang fikir lari rumah itu dapat menyelesaikan masalah . TOTALLY WRONG . sebab bukan menyelesaikan masalah . tambah masalah lagi . korang nak ke nama korang itu busuk dipandang masyarakat . especially girls . Kalau yang jantan pulak . korang boleh didakwa menculik anak orang . bawah 18 tahun lak tu ? agak2 hukuman itu besar tak ? kalau tak , korang boleh research sendiri . then korang fikir ye bagi boys !

Yang kapel2 ini , tak payah nak tunjuk kat dunia nie korang sehati sejiwa . kalau yang perempuan da boyot perut , agak2 kapel korang itu sehati sejiwa ke tak ?

Kalau da sayang pada seseorang itu , tak payah nak rosakkan maruah seseorang dengan melarikan anak dara orang . manakala anak dara itu kenalah fikir mak bapak korang masih hidup . masih ada wali yang nak kawinkan korang nanti .

Jangan buat dosa dengan mak bapak , tak senang hidup bagi yang perempuan .

Bagi lelaki pulak , jangan ingat duniawi sahaja , ingat akhirat sekali okay ;) 
p/s : peringatan pada diri sendiri jugak ;)

#okbai .




10 comments:

RinsyaRyc said...

mcm2 kes sbb cinta muka buku ni..

haritu yg kenal kat fb, tetiba nak jumpa, jumpa aje kena rogol. kan rugi?

tieka said...

sungguhh...apa yg ko kata itu semua terjadi kat dunia nie sekarang...haishhh..

Anonymous said...

budak sekarang senang caye pd laki -,- usha sikit dah cair kan .

Rien Rose said...

malu je mak ayah adik2.. yg masuk dalm paper rayu2 sruh blek.. hmm..

Anonymous said...

btol.. masalah tetap ada.. die mane pandai lari.. kite jer yg lari dr masalah.. igt dpt settle rupanya makin tambah plak.. hahah.. xD

Rosalia said...

haih enthla. ssh nk ckp skrg ni yg pntg kita jg diri kita sendiri jela. :)

kunci locker said...

ish...apa nk jd la perempuan ni...pelik btol la...grrr...yg laki lak p ajk wtp..dua2 sengal...grrr...tolong la jge maruah dri dan keluarga...

Azzah said...

budak2 sekarang nak seronok berkawan je tak fikir baik buruk orang

monologmalamhari said...

mcm2 dh jadi kat dunia nie .. mula2 lari ikut balak , pastuh dh boyot perut bru nk igt mak ayah .. haish tak fhm2.. kenapa la suka terpa masalah .. hdup aman tak boleh ke ? (alamak emosi plak :))

Nyamuk Terbang said...

aku xpnh lari rumah
lari 200m kt pdang skolh pernah lah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...