Terima kasih . syg korang ;)

Thursday, October 6, 2011

Jangan melangkaui batasan seseorang .

Assalamualaikum ^^,

Hari ini terdetik nak buat la pasal perangai manusia , sebab aku selalu perhatikan perangai2 manusia yang bermacam2 , ada yang okay , ada yang tak .

Dalam prinsip hidup seseorang , harus kena letakkan prinsip ini la . Jangan melangkaui batasan seseorang . Maksud nya , setiap orang mempunyai batasan2 tertentu . kalau kita langgari prinsip itu , orang akan memandang anda sebagai orang yang menjelikkan .

sudah tentu korang tak nak berlaku macam itu kan ? 

Aku pernah rasa annoyed dengan orang macam ini , rasa nak je marah2 , tapi dia kawan kita . takkan kita nak maki hamun serapah bagai kan ? at last , kita let go je la benda2 bodoh macam tu . not worth it kalau sebab benda kecil pun nak gaduh , tapi dalam hati , sakit hanya tuhan je la yang tahu .

Ada jenis batasan2 yang tidak boleh melangkaui :

1. Jangan terlampau menguji kesabaran seseorang .
- Yup , aku selalu jumpa manusia jenis ini , selalu akan menguji kesabaran orang2 sekelilingnya . contoh : memburukkan di belakang korang .

2. Jangan membocorkan rahsia seseorang .
- Kalau diamanahkan seseorang agar menjaga rahsia nya , berbangga lah sebab anda dianggap amanah dan boleh dipercayai oleh mereka . dan reputasi itu akan dijaga sampai ke akhir hayat kamu ;)

3. Jangan suka mengorek rahsia orang .
- Nom 2 dan 3 adalah berbeza okay ? yang nom 3 ini adalah suka ingin tahu yang terlampau . Maksudnya , suka jaga tepi kain orang lain . asyik2 nak tahu perkembangan kawan2 . kalau jenis yang suka menjaga privasi mereka . jangan suka2 nak korek rahsia dorang .

4. Jangan membesarkan benda kecil kepada besar .
- Selalu jugak aku nampak manusia macam ini , kalau benda itu kecil . tak payah besarkan kes itu . settle secara baik . jangan jadi budak kecil padahal masing2 da besar dan matang .

5. Jangan jadi orang yang tak bertimbang rasa .
- Ini memang melangkaui batas aku kalau orang jenis macam ini ada dalam hidup aku nie . haha . sebab orang jenis macam ini memang tak ada perasaan langsung . asyik2 nak cari salah orang sahaja . pastu nak marah2 .

6. Bergurau biarlah berpada2 .
-Yup , sesiapa yang jenis gurau kasar , sila berpada2 . aku pun kalau bergurau . tak main nama mak bapak orang . takkan nya , sebab itu isu sensitif . jaga hati orang dengan gurau berpada2 . jangan menjadikan isu sensitif sebagai gurauan .

ingat peeps , rambut sama hitam , hati lain2 . jangan menimbulkan kemarahan seseorang kerana kita tak tahu perangai sebenar seseorang .

okla , nak balik

#bai .



2 comments:

Pendamba Mawar said...

jgan,jgan dan jgan

hafiz hafizol said...

Yup.. same2 jaga batas pergaulan tu.. jgn sampai org benci kat kitee dah r !!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...