Terima kasih . syg korang ;)

Saturday, August 27, 2011

Kemeriahan Raya .

Assalamualaikum ^^,

Jealous ! Cemburu ! semua dah berangkat ke kampung masing2 untuk menyambut raya . kebanyakkan kawan farra adalah golongan bloggers yang berjauhan dari family . so , harus lah mereka pulang ke rumah ye dak ?

Tak kira ! nak jealous juga sebab status facebook dipenuhi dengan status balik kampung . Grrrr ! macam nak hempuk2 je kepala di dinding sebab farra masih di KL . apa cer ? Even incik bosh masa depan pun da balik kampung . siap senyum2 kambing beliau sebelum berangkat =.="

Tapi , tak apa lah . bagi peluang mereka balik kampung . bukan dorang tinggal dengan family pun . pergi menuntut ilmu di negeri orang *pasai pa lain macam je ? Lain la farra yang sememangnya tinggal dengan family sendiri ;)


Masa2 macam ini farra telah merasakan kemeriahan raya itu sendiri . Mana tak nya . toleh kiri lagu raya , toleh kanan lagu raya . toleh depan kuih raya . toleh belakang baju raya . semua nya beraya la . kalau laptop boleh letak cover raya . da lama da mama belikan , konon accessories la *erk* 


Tapi lagu raya ini jarang dimainkan dalam rumah farra sebab farra kurang sedikit lagu2 raya ini . tak tahu la kenapa . sebab kalau dengar boleh mengakibatkan tsunami pada pagi raya *nangis la tu* so , dari tsunami yang berjela2 , baik tak payah dengar langsung .

Kuih raya pula pada tahun ini , tak buat langsung . memandangkan farra ada rezeki lebih sebab bekerja . lebih baik beli lagi bagus . malas nak berjaga malam2 semata nak buat kuih raya pastu tak ada orang nak makan . itu nama nya pembaziran . berdosa ! haha . *alasan semata2 nak tido* 


Baju raya pun simple2 je . tak ada liplap manik bagai . sebab tak ada pergi mana pun . setakat raya rumah sedara mara . rasa tak payah mahal2 sangat . nanti sayang nak pakai banyak kali . nak pakai ke opis pun segan sebab baju raya selalu nya ikut trend . so , dari memalukan diri sendiri . beli simple baju kurung sudah .

Tetapi , tahun ini agak kelainan sedikit . kad raya mula memenuhi peti surat rumah . hehe . terima kasih ea sesiapa yang bagi kad raya . saya sukewww <-- bahasa ew . maap . Comei2 je kad raya masing2 ;)

Apa lagi yang tertinggal ek ? oh ya , DUIT RAYA ! mama , duit raya tasya sekali ye . maceh . hehe ;p

p/s : tasya tu farra . jangan tanya bnyak sebab nya .

#okbai .

4 comments:

muhamadsufian89 said...

mesti kad raya dari membe2 blogger kan yang banyak2 tu. hehe

Far8 budak baik said...

hahahaha!
fara kesian gile..
nnti aku balik KL
aku nk raya rumah kau bolehhh..
weh wehh cakap
jelahh tak pandai
buat kuih raya..haha

Hunnym Syot 美智子 said...

salam lebaran dear :) hehee


http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/kuih-cornflakes-bermadu-dan-ikan-bakar.html

miss mashimaaru said...

tggu nak raya je . selamat hari raya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...