Entry ini mengandungi luahan hati farra yang amat mendalam sekali , jarang sekali orang dapat melihat keadaan farra begini . *sambil menangis bersama tisu scotts*
Kebanyakkan kawan2 farra ada yang terdiri daripada rakan2 sekolah yang masih mahu melanjutkan ke alam Universiti dan ada yang sudah sampai ke negeri orang untuk melanjutkan pelajaran .
Ramai yang bertanya , bilakah farra mahu melanjutkan pelajaran hingga menara gading .
jawapan farra : mahu sesangat , tapi apakah daya . kesempitan hidup menyebabkan pelajaran harus dikorbankan .farra harus bekerja untuk menampung keluarga farra , walaupun gaji tidak lah seberapa mahal seperti orang lain . alhamdulillah , farra masih mampu makan dan pakai , masih boleh menunaikan tanggungjawab farra kepada orang tua .
farra cemburu apabila masing2 telah meninggalkan halaman rumah dan masuk ke alam universiti . memang cemburu . tetapi nak buat macam mana ? rezeki tiada apabila mahu belajar . bukan farra tidak mahu belajar , tetapi masalah kewangan yang membantutkan hasrat tersebut .
Ramai juga yang berkata , boleh meminjam kepada ptptn , disebabkan orang terdahulu yang liat untuk membayar pinjaman nya , kami selaku orang bawahan , telah menerima nasib buruk disebabkan anda . kami tidak dapat kemewahan seperti anda dahulu . kami perlu mengharungi 1 sem baharu diberikan pinjaman . itu pun bukan semua yang dapat !
semasa nak mengharungi 1 sem itu , farra yang tiada bantuan kewangan . bagaimana nasib farra di perantauan . bagaimana nasib ibu bapaku yang tiada kudrat untuk mencari rezeki . farra memang sedih memikirkan masalah ini .
Ini lah nasibku , allah swt telah menentukan takdir kita sejak roh kita ditiupkan di dalam rahim ibu kita dan itu tidak dapat di ubahkan sampai kiamat .
tak apa lah , tabah mengharungi kehidupan ku , mungkin bukan rezeki ku . wahai rakan2 ku yang bakal menjadi mahasiswa dan mahasiswi . semoga berjaya dalam pelajaran kamu . aminn ~
p/s : air mata sedang jatuh ketika menaip entry ini .
#okbai .
4 comments:
sayu hati aku baca entry nie...
huhu..xpe..rezeki kita dah ditetapkan..
kamu masih muda.. peluang masih ade beribu-ribu lagi.. jgn mengalah ok.. :)
kamu masih muda dan ade beribu peluang.. jgn cpt mengalah ok.. :)
Post a Comment