Terima kasih . syg korang ;)

Monday, June 27, 2011

ingat badan farra ini mesin sakit ke ?? =="

Assalamualaikum ;(

sudah dua hari farra sakit perut , semalam sakit cirit birit , hari ini sakit masuk angin .
ingat badan farra ini mesin sakit ke ?? asyik2 nak sakit je . penat la macam ini .

haish , gara2 minum air limau . sakit sampai dua hari . memang tak patut langsung . geram2 . rasa macam nak pengsan tengah2 bilik office pun ada .

hah . cuba korang rasa sakit masuk angin tuu macam mana ?? terguling2 kat katil tak ??
perut farra ni masa da sampai dekat office baru la nak sakit perut . sebelum tuu tak nak lak sakit . macam hampeh je la .

nak kata delayed makan tengah hari , bukan la selalu . berapa kali je skip makan .
mak dulu siap pesan kat farra , farra kena jaga pemakanan sebab badan farra suka benor nak sakit .
dari kecil sampai la dewasa , sakit perut tu da macam rutin harian je .
dalam seminggu , mesti dalam dua hari tu sakit perut yang amat sangat la .

sekarang da meningkat dewasa sedikit , farra kurang la dapat sakit perut melainkan 'kala bulan mengambang' *harus ke tulis . hehehe


pastu sakit masuk angin sebenarnya da kurang sebab kat rumah tuu asyik nak melantak je .
susah oo kalau nak tunggu mama masak sedap2 . sebab balik rumah . mama selalu masak ala kadar je .
tak ada la nak melantak sangat .

bila da cuti , melantak je la kerja farra sampai tak toleh kiri kanan da .
so , farra muskyil la . macam mana farra boleh sakit seteruk ini

mungkin tekanan yang membuatkan farra sakit teruk macam ini sebab kat sekolah pun selalu juga kena .

penat la asyik sakit je . haish . nasib2 ;(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...