Terima kasih . syg korang ;)


Monday, June 20, 2011

Sakit jiwa kalau terus macam begini =="

Assalamualaikum ^^

fuhhh , hari ini farra agak penat la . rasa nak tido je . tetapi fikir balik tentang blog ini . terus mata farra segar buntar terus !! hehehe .

farra nak stop kejap la cabaran itu , bagi la peluang hati ini berbicara sebentar ;) bukan apa . takut la nanti bosan la asyik cabaran tuu je kan . mesti fikir farra post entry lebih kurang sama je .

lagipun , sekali sekala lari topik apa salah nya kan ?? tukar angin ;)

kebelakangan ini , farra agak sakit jiwa dengan beberapa orang . sebab mereka anggap diri mereka adalah paling matang dan paling dewasa . tetapi dari pandangan orang lain , mereka adalah orang yang dianggap sebagai kebudak- budakan . tahu kebudak-budakan tuu apa ?? childish lew ;)

farra mengaku farra agak tidak kematangan dari segi percakapan , perangai kerana farra ini jiwa muda , hati masih panas la katakan . maklum lah . walaupun masuk alam 20-an tetapi masih dianggap remaja taw ??

tetapi kalau orang dewasa segi umur pun buat perangai , agak2 orang akan hormat pada anda tak , tak kisah la anda itu seorang senior di sekolah , tempat kerja even dalam universiti ;)

apa rasa anda kalau korang dipulaukan oleh senior2 korang walaupun geng mereka memulakan perang diingin ini ?? rasa macam sedih , keyakinan anda akan tergoyah kan ?? sebab anda seorang junior ;(

oleh itu , sesiapa yang bakal jadi senior or sudah menjadi senior tak kisah la mana2 , jangan lokek ilmu dan sikap berbaik2 la dengan mereka sebab pada suatu hari nanti korang akan jadi junior kembali di tempat lain . so , masa itu la anda berasa menyesal pun tak guna ;)

bagi farra , untuk mengelakkan sengketa antara junior dan senior , farra hanya mengamalkan satu benda sahaja , jangan senior masuk campur hal junior or jangan junior masuk campur hal senior sebab kalau salah satu tidak mengikuti peraturan ini , memang perang diingin kot macam farra merasakan sekarang ;(

melainkan dia melanggar etika atau peraturan , baru la kita masuk campur dengan berhemah sekali , bukan main terjah n terus memarahi mereka , kita kena fikir , suatu ketika dahulu kita pernah bergelar junior atau freshie ;)

dan lagi satu , kalau boleh kan , kalau kita da tahu sesuatu rahsia di sekolah atau tempat kerja , tak perlu la kita nak hebahkan nya dalam fb or tweet or ym  . ini adalah mengaibkan air muka seseorang dan hukum menjatuhkan airmuka orang ialah DOSA BESAR ;( *masyaallah

kepada seseorang yang menjatuhkan airmuka farra itu , farra harap ALLAH S.W.T akan berimu hidayah dan memohon keampunan kepada NYA . kawan2 farra nasihat farra supaya melupakan peristiwa dan anggap ia sesuatu dugaan .

mama selalu pesan , kita berdosa dengan allah s.w.t , ALLAH boleh memaafkan hamba NYA tetapi kalau kita berdosa dengan manusia , nanti di kiamat , manusia itu sendiri akan melutut kepada orang yang pernah disakiti nya supaya memaafkan dia , masa itu la baru tahu langit itu tinggi ke rendah .

oleh itu , farra ambil peluang ini farra nak meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki supaya memaafkan farra jikalau farra mengguriskan hati sesiapa , terkasar bahasa , tergurau , tersepak , terpukul , tertumbuk , tertampaq dan lain2 sacara langsung atau secara tidak langsung . farra minta maaf yer ;)

sekian bye ^^

mood : menangis sebentar bersama tisu ;(

1 comment:

Syafiee said...

Sabar Farah, sabar. Biasalah tu/ Manusia. Cherrs!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...