Terima kasih . syg korang ;)

Tuesday, June 28, 2011

Dulu zaman myspace . sekarang zaman facebook & twitter ;)

Assalamualaikum ^^

alhamdulillah , kesihatan farra semakin sihat walafiat . mungkin dah kena paksa makan ubat . memang fobia sedikit bab2 ubat ini . loya tekak , tapi dah sakit . nak buat macam mana lagi . sumbat lah bebanyak ubat dalam mulut dan telan je ;)

sebelum farra menaip entry ini tadi , farra sempat juga mengodek myspace kepunyaan farra sampai terkejut tahap beruk dan gaban la .

nak tahu sebab apa , sebab myspace semakin hari semakin canggih la . tetapi satu je kelemahan dia , keberatan loading myspace membuatkan ku terus bosan dan logout la .

tapi , hari ini memang nasib farra baik . dapat juga membodek myspace selapas solat maghrib ;)
sambil tuu approve je kawan2 farra di myspace .

tetapi , farra perasan yang gambar farra dekat myspace mempunyai perubahan yang ketara . nak tahu apa perubahan nya ??

  • gambar tidak memakai tudung . 
  • dulu agak chubby . sekarang kurus ( runcing )
  • dulu zaman remaja . sekarang zaman dewasa ;)
  • dulu bajet chomel , sekarang bajet juga tapi control ( lebih pentingkan ayu )
  • gambar harus pandang atas . (tunjuk gambar mata ) , sekarang tak kisah ;)
  • last sekali , gambar lama yang tak tahu ada kewujudan nya ;p
sekarang da tak guna da myspace ini . konon tak update la der . sekarang lagi canggih . facebook dan twitter.

kalau semua nak tahu , farra die hard fan ( kipas susah mati ) dengan facebook ini . kalau balik kampung tu , siap2 kan la broadband di telefon . senang nak layari internet dalam kereta sudah . malas nak bawa lappy balik kampung . nanti semua sibuk nak godek2 privasi farra dalam lappy ;)

cakap pasal twitter , farra tak berapa pandai nak guna tweet ini , walaupun ramai yang berkata lebih senang nak update guna tweet . WALAUPUN gitu , farra tetap tak reti gak . kena belajar balik lew ;)

kalau kita lihat dulu kan ?? *untuk sesiapa pengguna myspace mesti tahu * myspace banyak guna kod html .
sama macam belog ini . tapi kalau myspace , agak rumit sedikit la sebab semua kena buat sendiri . tak ada yang siap macam belog ini ;)

facebook & twitter lak agak mesra pengguna . pengguna tak payah la nak sibuk2 tukar layout la , lagu la dan aplikasi yang remeh itu *kutuk nampak*

sekarang ini , trend belog ini . sekarang farra mula nampak ramai pengguna belog dalam facebook farra ;) baguslah begitu , bagi meriah sedikit . berkongsi idea dan pandangan kan .

tapi farra tetap sayangkan myspace farra tu sebab kawan2 farra banyak kenal farra dalam itu , selain dari myspace , farra juga sayangkan belog,twitter,facebook dan macam2 lagi jikalau sign in menggunakan nama farra la sebab kadang2 kita jarang bukak sampai terbengkalai sebentar ;)

kadang2 kita terlupa dengan asal usul kita . harap korang tak macam tuu ;)

1 comment:

puteraduyong said...

zaman berubah...teknologi berubah...kita pun berubah... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...