Terima kasih . syg korang ;)


Friday, June 3, 2011

Day 8 ~ A moment you felt the most satisfied with you life .

Assalamualaikum . . .  hello2 . farra kembali untuk cabaran 30 day of challenge .

kepuasan .
apa itu kepuasan ??? * jgn pkir lain !!
kepuasan ialah kita berasa puas hati apabila melakukan sesuatu bnda .
contoh nye : kita berasa berpuas hati apabila hasil kita dihargai ;)

saat paling farra paling berpuas hati dalam hidup farra sebenarnya banyak . tpy takpe la . kita pun hidup dalam dunia 19 tahun *wahhh , mudo nye . so ,  perjalanan hidup panjang kan ?? tak kan satu je kot ??

farra senaraikan dan huraikan sedikit ek ??


  • masa dalam umur 6 tahun . farra berjaya mengalahkan berpuluh2 budak berbangsa cina untuk public speaking di hadapan orang ramai . ia satu kepuasan kerana mampu berjaya seperti orang lain . 
  • mase umur darjah tiga , dapat menyertai kumpulan menari . * xsilap la . ia juga kepuasan sebab farra berusaha seperti orang lain . 
  • masa darjah 6 . keputusan pun agak cemerlang . mendapat wang sagu hati 50 ringgt malaysia . ia satu kepuasan kerana farra belajar dengan tekun dan masa tuu otak agak lembab ;)
  • masa tingkatan satu , farra berjaya memasuki sekolah yang majoriti bangsa cina . ia satu kepuasan kerana mampu menunjukkan melayu boleh cemerlang . 
  • masa tingkatan 2 . farra sakit teruk pada tingkatan 1 sampai tak boleh sekolah selama satu tahun . namun farra kejar balik dalam dalam tahun itu . alhamdulillah . boleh belajar balik walau tidak cemerlang seperti dulu . ia satu kepuasan kerana farra dulu tiada harapan untuk hidup normal dan doktor menganggap farra orang cacat . * sakit saraf - otak masuk kuman ;(
  • mase tingkatan 4 . farra aktif sukan hingga dapat mewakili sekolah peringkat sekolah/daerah . ia satu kepuasan kerana farra berlatih sehingga mampu mewakili sekolah . 
  • mase tingkatan lima . masa graduasi sekolah . dapat sijil berhenti sekolah . ia satu kepuasan dan bersyukur kerana mampu belajar sehingga tamat persekolahan ;)
  • masa tingkatan 6 bawah . farra dapat keputusan yang boleh dibanggakan . ia satu kepuasan kerana dapat bersaing dengan orang lain walau dipandang rendah kerana memasuki form 6 . 
  • masa tingkatan  6 atas . farra telah mempelajari pelbagai ilmu . ia satu kepuasan kerana tidak semua orang mendapat ilmu sebegini yang diturunkan oleh guru2 kami ;)
  • masa graduasi form 6 , ia satu kepuasan kerana dapat sijil yang kami tunggu2 selama ini . 
  • selepas exam stpm , ia satu kepuasan kerana apa yang kami belajar akhirnya selesai sudah . 
  • semasa bekerja . farra dapat menyara kedua ibu bapa farra dan membahagiakan mereka . ia satu kepuasan kerana farra satu2 nya anak perempuan masih belum kahwin dan masih boleh menjaga ibu bapa yang banyak berjasa untuk farra ;) 
selepas itu ?? hahaha . nnti la kalau pnjang umur farra cerita lagi k ?? sekarang ini . farra merasakan berblog ini satu kepuasan walau followers sedikt kerana farra berblog bukan kejarkan followers . tetapi kepuasan menaip di blog ;)

okay la . ohhhh ya . tadi 'bosh' masa depan beli 'tutti fruitti' aw . SEDAP SESANGAT !! . ia campuran ice cream dengan topping . boleh pilih aw . sedap . nak lagi la . . . . .  tapi xsmpat la nak tngkap gambar sebab da pelahap sangat . xingat nak snap ke hape ke . snap je la nama atas tisu ini . bukti farra makan taw ;)


sedap la !! nak try ??  dekat wangsa walk pun ada . bukan dalam . tp dekat wangsa link . betoi2 depan wangsa walk taw ;)

selamat mencuba ;) nyte <3

mood : lapar lagi . grrrrrrr @.@ 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...