Terima kasih . syg korang ;)

Friday, December 7, 2012

Kematangan

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang memang follow aku dari dulu, memang serius nampak kebudakkan aku dalam blog. Well, aku kat luar pun giler2 gak, macam bukan seorang perempuan idaman je.

Apa peduli aku ?

Tapi sekarang, aku akan cuba taip entry yang boleh semua berfikir macam aku fikir. Adakah ini logik ? boleh ke gitu ? Eh, boleh ke macam tu ? ok, tu semua dusta.

Cuma aku lebih matang, matang segi luahan rasa, matang segi menaip entry, matang segi menggunakan wifi office untuk menaip entry yang tak seberapa. Maklumlah, bila sampai masa di office, idea mula muncul. Time tu juga idea nak muncul kan ?

Pastu aku tergedik2 suruh member aku kat twitter pergi tengok entry aku. Sampai dorang kata sudah malas nak baca entry aku yang penuh emosi. Jangan lah gitu member! susah payah aku bukak balik blog ni semata2 luahkan perasaan, bukan di twitter. Terima kasih sikit kat aku.

Aku bukan la sematang dan setabah seperti orang lain, aku masih dalam umur remaja, masih lagi umur yang perlu kebebasan bersuara, masih lagi bergelar BBNU dan masih lagi bergelar single sebab belum kahwin. Eh, Kahwin?

So, bila seseorang cakap aku mengada2 macam perempuan tak cukup perhatian. Yup, itu aku. Aku masih perlukan perhatian seseorang yang aku sayang, yang aku cinta. ye KAU. Kau yang stalk blog aku dari awal sampai akhir. Malas nak taip nama kau la. HAKHAK.

Aku tak boleh nak berpura2 yang aku tak ganas, ayu sepanjang masa, perlu cantik sepanjang masa. perlu comel sentiasa. Perlu sopan sentiasa. Kalau cintakan aku, terima seadanya walau aku mengada2 meminta perhatian dari kau.

Nampak tak aku tak matang, perlu ke cerita semua ini ? *ketuk kepala*

Bukan aku taknak matang, aku da matang. Tapi segi emosi masih dalam belum kematangan sepenuhnya. Korang belum rasa apa yang aku rasa.

Belum rasa diabaikan, belum rasa disisihkan, belum rasa dihina, belum rasa derita. Macam biasa. dugaan allah swt kat kita tanda sayang right ? Tapi aku masih dalam taklukan yang lama. Ujian sepatutnya mematangkan aku. tapi belum sepenuhnya kalau bab emosi.

Tapi, itu lah aku, tak matang.




2 comments:

Nyamuk Terbang said...

akk tlg matang please

hawiz said...

yea..matang ..saya pon xtau..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...