Terima kasih . syg korang ;)

Friday, July 8, 2011

Sekejap je dah nak puasa dah ;)

Assalamualaikum ^^,

Rasa sekejap je dah hari jumaat . nanti 'tup-tup' dah masuk bulan puasa iaitu bulan ramadhan . tak sabar rasa nya nak menyambut bulan ramadhan ini ;)

nak tahu sebab apa time puasa ini 'best' ?? sebab masa bulan ramadhan la kita dapat rasa kemeriahan raya sebenarnya . yela , bersemangat nak sambut raya la konon . pergi shopping sakan dekat Masjid Jamek . lepas itu , bersemangat 'order' kuih raya . kalau bagi yang agak mampu , tiap2 tahun tukar langsir bagai , nak semua serba serbi baru . baru 'class' gitu ;)

Tapi dalam kemeriahan bulan ramadhan , ada pernah kita terfikir maksud tersirat pada bulan ramadhan ?? yela , farra tahu farra belum tahap nak nasihatkan orang lain . lagi2 kalau orang yang cepat terasa .
farra menggunakan belog ini untuk meluahkan pandangan farra .


Maybe bagi bloggers seperti kami ini , apa yang kami menaip adalah dari hati ke hati dan faham apa luahan hati kami . As for orang yang hanya membaca dan tidak mencuba nikmat berbelog , mungkin tak faham maksud tersirat entry kami ;) itu la yang dapat farra bezakan sekarang . kalau tak setuju , tak apa la . hanya dari pandangan farra ;)

kembali pada topik yang asal . maksud tersirat berpuasa . Bagi orang yang hanya berpuasa pada bulan ramadhan . mereka hanya menunaikan rukun islam yang ke 3 . Which is good !! Sebab mereka menurut perintah ALLAH S.W.T , tetapi still ada orang ponteng puasa . Farra memang tak suka lelaki yang ponteng puasa semata-mata tidak tahan godaan nafsu makan mereka . Bagi farra , dorang memang tak layak jadikan suami . sebab kalau puasa da ponteng , apatah lagi ibadah yang lain . fikir ya ;)

Lain la kalau nampak kaum hawa yang tak puasa , makna nya 'bulan mengambang' le . tapi jangan la ambil kesempatan sampai 1 bulan tak puasa . tak logik la pulak ;)

masa berpuasa , apa yang korang tertunggu2 ?? mesti tunggu berbuka . betul tak ?? masa kita pergi bazar ramadhan , kalau boleh nak 'cekau' semua makanan yang dijual oleh mereka kan ?? macam tak cukup2 je makanan yang dibeli , padahal dalam rumah ada tiga orang tapi beli sampai 10 orang makan .  tak ke membazir tu ?? farra tulis ini berdasarkan pengalaman farra la . sebab farra pun pernah rasa begitu jugak ;)

tapi masa kita tengah buang makanan yang kita tak habis makan tu ( bagi orang yang ekonomi nya sangat hebat ) mesti buang dalam tong sampah kan ?? yela , bila sahur nanti nak makan makanan yang sedap , apa barang makanan 'recycle' kan ??

Sekarang farra tidak menyindir sesiapa , farra cuma nak korang fikir dalam sedalam nya . farra pun tidak terkecuali untuk berfikir perkara ini .

korang tak terfikir ke orang yang fakir miskin yang tak dapat makan yang sedap2 , hanya kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . bila masuk je bulan ramadhan , dorang akan tertunggu2 sumbangan dari pihak perihatin untuk memberi kebahagiaan walau seketika .

Dulu , farra pernah terlihat beberapa budak kecil dari golongan fakir miskin sedang memundar mandir di area bazar ramadhan . sambil itu , dorang lihat gelagat manusia yang sedang membeli makanan . sampai tak cukup tangan nak bawa makanan itu . farra tahu dorang sedang lapar dengan aroma yang menusuk kalbu itu . tapi tak ada siapa yang mahu sedekah kan makanan kepada dorang . malah peniaga di situ pun tak mahu sedekah kan sedikit jualan mereka .

farra dalam hati berkata .
*tak luak la kalau sedekah sedikit , macam rugi sangat je kalau sedekah . 

lalu farra cerita keadaan budak kecil itu dengan mama , lalu mama belikan beberapa bungkus nasi ayam dan air bungkus untuk mereka dan menyuruh farra memanggil mereka .

Dengan senang hati farra memanggil mereka dan mama dengan pantas nya bagi bungkusan makanan dan air kepada mereka .( Depan peniaga nasi , konon nak perli la , macam tak ikhlas la pulak ;p )

Tapi yang buat farra terharu sesangat . mereka cium tangan kami , salam kami seolah2 kami ini berjasa besar dalam hidup mereka . mereka berkata .
*terima kasih makcik dan kakak , kami tak dapat balas jasa korang berdua ,
semoga ALLAH S.W.T akan balas jasa akk dan makcik .

tengok2 , dorang memang dari golongan fakir miskin yang sememangnya tak makan dari hari sebelumnya .      ( tahan doh perut dorang ) insaf sebentar ;)

so , kalau korang rasa bulan ramadhan ini hanya menunaikan rukun islam yang sememangnya wajib itu tanpa hayati nya . maybe korang akan rasa kenapa perlu berpuasa . Kita harus berfikir , walau kita berada kedudukan yang kurang selesa . tapi masih ada orang hidup dengan kedaifan ;)

so , bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ;) ( nasihat untuk diri sendiri juga ;p

kalau semua orang bersyukur , insyaallah aman la hidup kita .

2 comments:

taoslayerz said...

tu la pasal..kejap jer da nak puasa n tak lama lepas tu da nak raya...heee~

Zuraidah said...

Wah! Tapi, tahun ni kita dapat raya sekejap je an? Isk. =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...