Assalamualaikum ^^
Sekarang ini , farra perasan yang budak2 Politeknik dan Universiti sudah mula alam praktikal . Tahu kan praktikal tuu apa . kalau yang tak tahu tuu , tuu la zaman mereka mengumpul pengalaman bekerja dalam bidang masing2 .
untuk pengetahuan semua , gaji budak praktikal sangat sedikit , yela , dorang bekerja dalam 6 bulan je . bukan bertahun2 dalam syarikat itu . dan farra perasan juga , dorang dapat gaji bukan main happy lagi walaupun hanya beberapa ratus sahaja *bergantung syarikat loaded atau tidak ;)
Malah kadang2 farra mengeluh gaji tidak mencukupi sebab masih ada tanggungjawab dengan ibu bapa . dari rezeki yang halal itu la kita meminta keberkatan rezeki itu daripada kedua ibu bapa kita ;) tak gitu ?? harap2 gaji farra yang tak seberapa itu berkat dari sisi ALLAH S.W.T , aminnn ;)
masa mula2 bekerja , farra seronok sangat bila farra dapat gaji pertama farra , memang tak terkata la . farra siap berbisik yang gaji itu hasil dari tenaga farra yang tak seberapa ini ;) farra bersyukur sesangat walau tak banyak mana pun ;)
masa kita dapat gaji kita sendiri , macam2 kita nak beli sebab tak bergantung dengan mak ayah kita , tapi duit ini seperti air , kita tak perasan betapa cepat nya duit itu habis . tengok2 duit da habis . terpaksa la ikat perut nak tunggu akhir bulan ^^
proses yang sama akan berlaku bila dapat gaji bulan seterusnya . tapi farra terpaksa jimat cermat walau kadang2 nampak farra shopping sakan ;p
tapi kan , kalau dapat gaji , ada fikir jimat ke ?? mungkin la . lepas seminggu kita shopping sakan ;)
No comments:
Post a Comment