Terima kasih . syg korang ;)


Wednesday, January 8, 2014

8.1.13

Tak semestinya kebahagiaan itu milik kita

walau betapa ku cinta

tak mungkin kita bersama

mungkin bukan jalan kita

mungkin berharap pada mu adalah satu beban

sakitnya hanya aku tahu.

kecewa hanya aku tahu.

jodoh mungkin sampai di sini.

tapi sayang.

perasaan ini tak lupus sampai akhir hayat

iaitu.



mencintaimu.



Tuesday, November 5, 2013

Selalu.

Assalamualaikum.

Selalu kah kita mengingati Dia?

Selalu kah kita melupakan Dia?

Selalu kah kita membasahi bibir kita Memuji Dia?

Selalu kah kita sujud dengan Dia?

Selalu kah kita mengekang mata untuk Dia?

Selalu kah kita bangun pagi untuk Dia?

Selalu kah kita mengingati kebaikan Dia untuk kita?

Selalu kah kita menangis untuk Dia?

Selalu kah kita gembira sambil mengucapkan kata-kata 'Alhamdulillah?'

Tapi kita juga selalu lupakan Dia.

kan?


Sunday, March 17, 2013

Saat kebahagiaan.

Assalamualaikum.

Disaat aku berduka, ada juga perkara-perkara gembira. Dan terbukti pada minggu lepas. Kawan sepejuangan SPM ku terdahulu telah selamat menjadi tunangan orang.

Aku mula-mula terkaget + gembira + terharu + sedih bila dapat wassap sebegini.

-Fara! aku bakal jadi tunangan orang. alhamdulillah. Doakan aku agar hubungan kami berkekalan.

And yeah. Sebagai seorang kawan yang baik. Of course aku doakan. tapi tetiba aku menangis sendirian. Aku macam kehilangan kawan sendiri. aha. silly me. Well kawan. aku sentiasa doakan engkau.


Kadang kala kita tak menunggu saat bahagia.

kita tak menunggu saat kecewa.

tetapi yang kita tahu.

saat-saat seperti itu tanpa diduga.


Bila muncul saat bahagia.

kita menangis.

bila muncul saat kesedihan

kita pun menangis.


Bak kata seorang kawan. normal seorang manusia yang mempunyai perasaan.


Walau kita rasa diri tu tak bahagia berbanding kepada orang lain.

ingat lah, saat itu akan muncul jua.

hanya berdoa kepada allah swt.

Agar muncul saat bahagia tak kira cepat atau lambat.


Wahai kawan-kawan ku.

ingatlah pesanan seorang ibu.

Carilah kebahagian bukan saja dengan manusia.

tapi cari juga cinta allah swt kepada kita.

InsyaAllah. kita akan bahagia sentiasa.


Amin ya rabbi.

Insyaallah....




Saturday, March 16, 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum.

Eh, macam kenal saja tajuk nya kan.

tajuk ini sangat biasa di mana-mana sahaja.

Dan aku dapat ilham dari kawan.

Kawan yang sama sejiwa dengannya.


Dimana-mana sahaja aku dengar cerita.

cerita tentang pengorbanan.

tak kira la sedih atau gembira.

tapi tetap ada unsur pengorbanan.


Ya, cinta perlu pengorbanan.

tapi bukan korbankan maruah anda.

tapi perasaan, masa, duit dan tenaga.

tanpa mengira segalanya.


Tak gitu?



Sunday, March 10, 2013

Menunggu

Assalamualaikum

Menunggu itu penat

Menunggu itu letih.

Menunggu itu menguji kesabaran.

Tapi, itu lah manusia selalu buat.

Menunggu.


Aku? Aku menunggu seseorang.

Mengharapkan dia menoleh kembali.

Ya, dia menoleh. Tapi sekejap.

Sekejap tapi bermakna buat aku.


Hati aku sakit.

Hati aku sedih.

Hati aku kecewa.

Tapi bukan bermakna aku tak menunggumu.


Ya, aku selalu dikatakan bodoh 

selalu dikatakan tidak menuju kehadapan.

apakan daya.

masa silam ku masih dikunci rapat oleh dia.


Samada sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

Aku terus menunggu sampai hingga aku penat sendiri.

lalu aku melangkah ke hadapan.

tetapi....


aku tetap menunggumu sehingga kini.



Wednesday, December 26, 2012

Semalam.

Assalamualaikum

Nak dijadikan cerita, semalam keluar pergi wangsa walk. Ok, korang cuba bayangkan aku dari ampang ke Klang. KLANG okay!! tapi bagi aku seronok juga, sebab tak pernah datang klang. KTM Klang pun tak pernah jejak, kira it's a success for me sebab berdikari tanpa insan lain. wehu!

Pastu bila ambil orang kat batu caves. sesat kot. tetiba member tanya.

'Kenapa korang putus? sebelum tu tak ada masalah apa2'

Tergamam.

Aku tak expect kawan aku tanya soalan macam tu, serious. Aku tak pernah expect member aku pergi tanya. sebab kebanyakkan member tunggu aku buka mulut setelah aku meroyan kat tuider macam orang hilang laki dan anak.

HAHA, funny when u think that i'm already lose my husband -.-"

So, bila ditanyakan soalan macam tu, aku macam urgh urgh. hahah. bukan tak suka. just entah. aku pun tak tahu alasan sebenarnya.

Then aku jawab

'EGO'

Eventually, hati rasa macam ditoreh-toreh bila diajukan soalan macam tu, padahal ramai da tanya. tapi dalam kereta tu juga aku sebak. aku jawab macam tu je. haha.

Maybe kereta tu magis kot untuk heart to heart sessions. Maaf rafiq. KAHKAH.

Ok, cut the stori mori. Terus ke wangsa walk. Sampai je wangsa walk, perut lapar cari makanan. pergi food court nampak takoyaki, nampak pece lele. Sesi tamak dalam hati terus membuak2. Nak je dua2! at last aku tak habis makan. shame on you! *hulur cermin*

Pastu pastu kannnn *lelompat*, pergi la karok. Kembo siap cakap kenapa aku pilih lagu semua sedih2. haha. nmpak tak melambangkan aku kesedihan. KAHKAH.demyu.

Maafkan saya terlalu teruja, sebab saya sudah lama tak berlepak dengan dorang. ada tu baru 1st time jumpa. da gila2. da havoc. malu ai tahu ? hikhik.

senang cerita lepak2, makan2. then kekenyangan macam ular sawa. awww. pastu mengadu gemuk.

k boleh tampar diri sendiri. hiks




Friday, December 7, 2012

Kematangan

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang memang follow aku dari dulu, memang serius nampak kebudakkan aku dalam blog. Well, aku kat luar pun giler2 gak, macam bukan seorang perempuan idaman je.

Apa peduli aku ?

Tapi sekarang, aku akan cuba taip entry yang boleh semua berfikir macam aku fikir. Adakah ini logik ? boleh ke gitu ? Eh, boleh ke macam tu ? ok, tu semua dusta.

Cuma aku lebih matang, matang segi luahan rasa, matang segi menaip entry, matang segi menggunakan wifi office untuk menaip entry yang tak seberapa. Maklumlah, bila sampai masa di office, idea mula muncul. Time tu juga idea nak muncul kan ?

Pastu aku tergedik2 suruh member aku kat twitter pergi tengok entry aku. Sampai dorang kata sudah malas nak baca entry aku yang penuh emosi. Jangan lah gitu member! susah payah aku bukak balik blog ni semata2 luahkan perasaan, bukan di twitter. Terima kasih sikit kat aku.

Aku bukan la sematang dan setabah seperti orang lain, aku masih dalam umur remaja, masih lagi umur yang perlu kebebasan bersuara, masih lagi bergelar BBNU dan masih lagi bergelar single sebab belum kahwin. Eh, Kahwin?

So, bila seseorang cakap aku mengada2 macam perempuan tak cukup perhatian. Yup, itu aku. Aku masih perlukan perhatian seseorang yang aku sayang, yang aku cinta. ye KAU. Kau yang stalk blog aku dari awal sampai akhir. Malas nak taip nama kau la. HAKHAK.

Aku tak boleh nak berpura2 yang aku tak ganas, ayu sepanjang masa, perlu cantik sepanjang masa. perlu comel sentiasa. Perlu sopan sentiasa. Kalau cintakan aku, terima seadanya walau aku mengada2 meminta perhatian dari kau.

Nampak tak aku tak matang, perlu ke cerita semua ini ? *ketuk kepala*

Bukan aku taknak matang, aku da matang. Tapi segi emosi masih dalam belum kematangan sepenuhnya. Korang belum rasa apa yang aku rasa.

Belum rasa diabaikan, belum rasa disisihkan, belum rasa dihina, belum rasa derita. Macam biasa. dugaan allah swt kat kita tanda sayang right ? Tapi aku masih dalam taklukan yang lama. Ujian sepatutnya mematangkan aku. tapi belum sepenuhnya kalau bab emosi.

Tapi, itu lah aku, tak matang.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...